abah biarlah saya tidor dekat sini. lagipun adik dapat ikot abah. jadi saya boleh buat apa-apa yang saya buatlah. jadi hmmmm…macam mana. malas kawan abah.
Nota kecil kat atas tu saya jumpa atas meja komputer saya nie. saya tiru ejaannya bulat2. setelah di amati tulisannya dgn teliti, saya tau siapa penulisnya. siap ada signature “love & bintang” lagi. dah try ambik gambar tapi tak clear mungkin sebab dia guna pensil dan kertas yg dah lusuh (tak pun camerawoman yg tak pandai) . siapa lagi kalau tak budak ni. budak nie memang kuat merajuk…kalau merajuk mesti dia ada tulis kat mana2. pernah juga dia tulis kat dinding dlm bilik saya…..dengan “marker pen”. haru-biru dinding jadinya (nasib baik kat dlm bilik). baru 6 tahun….
aisyah yg suka merajuk….& juga teman bergaduh saya. saya & dia mmg tak berapa ngam!!! he he he….
Terima kasih utk segalanya….
tak de kata yg mampu menggambarkan kasih sayang kami utkmu….love forever!!!
p/s: pssst….dah draf sejak ari sabtu lagi tapi lately ni streamyx selalu problem. kejap ok sekejap ko…tension betul dgn streamyx ni. rasa2 nak tukar celcom broadband lah plak…guane ok tak service dia kengkawan?
Mata ikan ni bukan macam mata ikan biasa tu….bahasa saintifiknya “mouth ulcer” (pandai2 jer cik kak ni kan). tak taulah apa lagi nama2 lainnya. Saya selalu dapat penyakit ni, bila menyerang aduh…bukan 1 tapi 2, 3 sekali kat dlm mulut. Memang menyakitkan…tak selera nak makan, nak minum pun kena fikir dulu….tiba2 saya ni jadi seorang yg pendiam! tak lalu nak bercakap. so, mood pun tak berapa bagus, senyum pun sbb terpaksa…selain drp cuaca panas, tak cukup vitamin, mungkin juga stress…boleh baca artikel kat bawah ni. Mata ikan ni bukannya boleh sembuh dalam sehari dua…kdg2 sampai seminggu.
Penyakit ni takde ubat yg boleh sembuhkan cepat….cuma saya selalu berkumur2 dgn air garam (tapi pedih yg amat…menangis!!!). kalau terkena makanan yg pedas atau panas pun aduhhh….meleleh air mata. rasa nak tangan2kan sapa yg duk dekat2.
jomlah baca artikel berkenaan penyakit ni. saya dapat cari dlm bahasa inggeris jer…bhs melayu tak jumpa plak. nnti saya cari lagi kot2 ada, atau mungkin ada doktor2 kita yg boleh tolong explain in malay.
Mouth Ulcers
adeh…deh…deh…sangat marah, sangat penat & lain2 lagi. angin satu badan….macam nilah kalau cuti sekolah. bila semua ada kat rumah, macam2 aktiviti diorang. takkan nak sekat apa yg diorang nak buat kan. sesekali dapat buat aktiviti yg diorang suka….main game, conteng2, koyak2 kertas, kejar2, sembunyi2 dan byk lagi. tu belum aktiviti luar rumah lagi….macam2 idea diorang. rumah ni kemas sekejap jer…tupun waktu pagi masa diorang lum bangun tidur. bila dah bangun….sekejap jer ruang tamu tu jadi macam tongkang pecah. tak larat nak di larang…
bila diorang boring bermain kat ruang tamu, diorang main kat laman pulak….dah tu buat sepah kat bilik pulak….. manalah ibu dia tak naik angin. nak tunggu pukul 6, cik abang balik kerja….entah berapa kali kemas rumah. nasib baik cik abang yg tak kisah sangat kalau rumah tak berkemas…..tapi kitalah yg tak sedap rasa.
hah…masa main pening kepala…kalau masa bergaduh tambah2 pening terus migrain….adussss. hal kecik pun jadi pasal nak bergaduh…kadang2 hal yg tak masuk akal pun, contohnya….”kentut” pun boleh jadi topik pergaduhan…ake keh kehkeh…kua kua kua….
Baru 4 orang tu….
sekadar repekan jer ni….bukan mengeluh…terhibur juga dgn telatah mereka, kalau sorang pergi minum…3 lagi pun minum. cawan pun bersusun2 kat dlm sinki tu…ake keh keh keh.
*****************
poi pokan, naik basikal…..
(saja jer nak nyanyi hilangkan stress…
dulu2 masa kerja kalau penat selalu nyanyi lagu anaklah ikan…anak ikan…di dalam kolam…)
cerita masa kat kampung….
Seronok dapat jumpa mak & encek, adik beradik saya & anak2 sedara. Alhamdulillah semuanya sihat. Atuk sawah pun sihat walafiat…cuma tak blh nak berjalan je. Jiran2 pun sihat belaka…he he he. Sembang2, gelak2, makan2…memang happening!!! tak puas lagi….kalaulah boleh tambah lagi seminggu, kan best!!!! tak bolehlah..bos marah nanti.
Pokok manggis…pokok rambai, pokok rambutan semuanya tengah meriah berbuah. lagi 2 3 bulan bolehlah makan. Saya tak dapatlah nak makan kot…takpelah sekurang2nya dpt tengok jadilah..
Kawan2 lama je tak jumpa….semua takde. Lela kat Perak tak balik, Lili baru jer pindah Penang husband dia kena bertugas kat sana, Tina pun tak balik rumah mak dia…. memang susah nak jumpa teman2 sepermainan dulu2. Hari raya pun nasib ler…nasib baik bolehlah jumpa.
****************************************
Hari2 terasa cepat berlalu pergi
7 hari tak terasa dilalui
belum puas bersembang, bergelak tawa
namun kami terpaksa juga pergi
Kuantan tempat kami mencari rezeki
panjang umur nanti jumpa lagi
…………….
rambai
he he he….gambar yg lain2 tu tak bolehlah nak letak kat sini….P&C.




