milla on November 20th, 2009

Salam sejahtera kawan2 sekalian…

Hari Bahagia?  Hari bahagia siapa? Hari pernikahan, ulangtahun perkahwinan, harijadi, naik pangkat dan banyak lagi… tapi akak bukannya nak cerita pasal tu semua. Hari bahagia yang dimaksudkan kat sini ialah hari bahagia anak2 kita a.k.a budak2 sekolah…hari bahagia mereka dah kembali…hooray!!!! “CUTI SEKOLAH” !!!!

Apa aktiviti mereka untuk sebulan yg akan datang ini? Takkan kita nak biarkan mereka tengok TV 24 jam, main PS2, baca komik, surfing internet….Ha ha ha.!! Rasanya semua ibubapa dah mula pening kepala. Bagi yang kedua2 ibubapa bekerja mesti risau meninggalkan anak2 bercuti di rumah tanpa pengawasan orang dewasa…

Bercuti? Memang kita ada merancang percutian…tapi takkan cuti sampai sebulan! Ada yang juling mata nanti.. Macamana tu?

Bagi akak yg mmg duduk dirumah ni,

~ buat aktiviti bersama2 cth: mengemas, membaca, kraftangan, … tapi tak semua anak2 kita mempunyai minat yang sama.  Biasalah budak2 cepat jemu! Akhirnya, kita yg baca buku sorang2, buat kad sorang2, mengemas sorang2…he he he.

~ Bersukan atau beriadah  sama2…… tak pernah berjaya akak praktikkan,  ada yg nak jogging,  sorang lagi nak main badminton, sorang lagi pula nak main catur…..akhirnya semua tak buat apa2!

~ Tapi ada juga aktiviti yg pasti boleh dibuat bersama2…..”MAKAN2“…

~ Sudahnya…masing2 buat aktiviti kesukaan masing2….dengan pengawasan dari ibu mereka ni. Dan pastinya ‘sakit kepala’  akak akan berpanjangan sepanjang cuti sekolah ini….

SELAMAT BERCUTI ANAK2KU !!! Penuhilah waktu cuti dgn aktiviti yg berfaedah

<i>(Sumber: Google)</i>

(Sumber: Google)

Tags: ,

4 Responses to “Hari Bahagia”

  1. Salam..

    Selamat menyambut cuti sekolah & selamat pening kepala..he..he..he..

    dua tiga ari lepas , saya cuba membeli rubik cube dgn harapan anak2 x kan terlalu asyik mengadap tv & ps2 & bergaduh..dan ianya sangat berjaya… he..he.. sekarang masing2 sibuk bersaing sapa dulu cepat siap dpt lengkapkan cube tu ..so kurang sikit ngadap ps2.. dan juga jadi ubat dlm keta sbbnya.. msg2 tekun menyusun warna cube tu… aman dunia..cuba la.. mana tau berhasil..

  2. Salam….

    He he he….dah lama akk praktikkan tu…mcm2 jenis cube ada 3×3, 4×4, 5×5, triangle, btk hexagon pun ada! lama2 bila dah berjaya susun diorang boring jugak….nak try yg lain pulak. mcm2 sebenarnya boleh dibuat….yg penting sabar, sabar, sabar……

  3. Salam Milla,

    Tak balik kampung ke ? Tapi sekarang dah musim hujan semula… bimbang takut bajir kali ketiga. Rumah kaktie okay, rumah mentua pun okay, cuma jalan tu takut naik air.. ooo…kain baju ni tak tahu nak sidai kat mana. Dalam rumah dah macam tongkang pecah!

  4. slm kak tie,

    Kami balik Johor…hari rabu/khamis ni, InsyaAllah. Kami pun baru je balik dari Jerteh. Jln byk rosak…jem brcampur dgn hujan pulak tu…
    dlm rumah dah jadi mcm kedai kain + kedai dobi he he he….

Leave a Reply