~~~~~~~~~~~~~~
Bertahun-tahun kami tinggal di sini, tapi tidak pernah sekali Makcik Gayah melemparkan senyumannya, hendak menegur apatah lagi. Apalah agaknya yang bermain-main di kotak fikiran dia!
Ayu…..halau kucing tu!!!!!
Menyelongkar rumah orang je!!!…..suara Makcik Gayah menjerit pada anak dara bongsunya.
Cepat-cepat aku cari ‘Pamin’ kucing kesayangan keluarga kami. Jangan-jangan ‘Pamin ‘ yang selongkar dapur Makcik Gayah. Ahhhh…’Pamin’ memang cari nahas. Lega hatiku bila aku lihat ‘Pamin’ tidur atas kerusi malas ayah aku. Bukan kucing aku yang selongkar dapur Makcik Gayah.
Seingat-ingat aku, masa kami mula-mula pindah di sini hubungan kami sesama jiran sekeliling semuanya baik. Malah kami dua beradik pernah dijaga oleh Makcik Gayah semasa emak pergi bekerja. Walaupun aku tidak berapa serasi dengan jagaannya itu, tapi akukan kecil lagi….manalah pandai memberontak. Nasib baik emak kerja sekejap sahaja. Masa tu arwah Pakcik Amat masih ada lagi. Aku rasa Makcik Gayah tidak bertegur-sapa dengan kami apabila arwah suaminya meninggal dunia. Entahlah, aku pun tidak ingat sebab musabab yang sebenar mengapa Makcik Gayah dingin dengan kami.
Itulah salah satu sebab mengapa payah hendak menegur Makcik Gayah supaya jangan membuang sampah di tepi longkang. Apalah salahnya kumpul daun-daun kering dan terus bakar …. kan lagi kemas dan bersih. Tidaklah longkang rumah kami itu tersumbat dan berbau busuk. Takkanlah kami nak buat pagar, tak sedaplah pula….kita duduk di kampung bukannya duduk di bandar, yang perlu berpagar , bergril dan macam-macam sempadan lagi. Duduk di kampung kalau berpagar tembok sekeliling rumah, nanti di kata orang saja.
Itu kisah longkang di sebelah kiri rumah, sebelah kanan rumah lain pula ceritanya. Macam-macam masalah.
‘Assalamualaikum….’ terdengar suara lemak merdu memberi salam.
‘Waalaikumsalam…’emak menjawab salam. Aku biarkan saja emak dan suara lemak merdu itu berborak. Aku masih terus melayan perasaan yg bercelaru.
p/s: longkang ~ yg mula2 boleh baca di sini (….Longkang)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sambung nanti erk….!
Wassalam….terima kasih meluangkan masa membaca.


Leave a Reply