Satu petang yang damai, sambil memerhati anak2 bermain dengan gembira di taman permainan….
Seorang ibu bersuara, “aku kesian kat anak aku tu…pagi sekolah, sampai rumah pukul 2, lepas tu nanti berkejar pula nak pergi sekolah ugama pukul 5 baru abis. lepas maghrib dah nak gi mengaji pulak. Cuba fikir masa bila dia nak buat homework, ulangkaji….bla bla bla. Sebab tu aku tak hantar dia ke sekolah ugama, takpelah, sekolah pagi pun ada belajar hal2 ugama jugak….”
“Aku hantar sekolah agama petang tapi selang-selikan, hari ni sekolah, esok cutikan…taklah dia rasa penat sangat….” seorang lagi ibu bersuara.
Saya mendengar dengar setia, walaupun dalam hati sangat tak setuju dengan pendapat kedua2 ibu tadi. Tiba-tiba seorang lagi ibu yang agak berusia dari kami menyuarakan pendapatnya….
“Tak bolehlah mcm tu, belajar agama kita ni kan wajib. Biar anak tu rasa penat & susah sejak kecil, biar dia biasakan diri dia dgn kepayahan, kalau asyik nak senang aje, nak relak aje…nanti mereka jadi mua. Naik lemak. Berapa sangatlah ilmu agama yg dia dapat masa sekolah pagi tu…kita hantar dia ke sekolah agama supaya dia dapat mendalami lagi agama Islam. Nak harapkan kita emak bapak ni, bukanlah pandai sangat, kita pun masih belajar juga…sepanjang hayat kita. Lebih bagus lagi kalau anak2 kita didedahkan dengan pelajaran agama yang lebih mendalam lagi sejak mereka kecil…senang pelajaran nak masuk otak & senang pulak kita nak melentur & mendidik dia orang tu…”
“Tuisyen yg mahal2 tu boleh pulak kita hantar sampai pukul 10 mlm, tapi sekolah ugama yang RM10.00 sebulan tak boleh nak hantar…kalau dah kita meringan-ringankan agama kita sendiri, macamana dengan anak2 kita di masa akan datang nanti…?” Hah tu dia….terdiam masing-masing mendengar pendapat kakak tadi. Saya pun sangat-sangat setuju dengan kakak tu, ibu yang memulakan topik ni tadi pun terdiam kehilangan kata dan memandang kakak tu dengan wajah sengal….
Yang lain-lain pun mengganggukkan kepala je termasuklah saya. Melihat pada jadual harian anak saya sendiri memang padat…6 pagi dah bangun, begitu begini…pukul 1.45 petang baru sampai rumah semula. Kalau hari Isnin – Rabu ada kelas tambahan pulak sampai pukul 2.30 ptg. Lepas tu bergegas pergi sekolah agama, 5.30 ptg baru nampak muka di rumah semula. Masa itulah diaorang berehat, tengok TV, pergi main bola dll….pukul 7.00 bersiap2 tunggu maghrib, kalau abah dia balik awal dah kena kerah pergi masjid, lepas tu mengaji, siapkan homework & ulangkaji. Pukul 11 mlm barulah mereka semua masuk tidur. Tuisyen pun 2 kali seminggu untuk si abang long…tak mahu membebankan dia dengan tuisyen setiap hari.
Memang sangat penat & rasa kasihan, tapi saya berpendapat mereka harus rasa semua tu untuk masa depan mereka sendiri, tiada kejayaan datang bergolek-golek tanpa rasa susah & penat. Saya tak mahu mereka menjadi generasi yang malas….
p/s:
Kalau bukan kita yang menunjukkan jalan-jalan yang lurus kepada anak-anak kesayangan kita, siapa lagi yang boleh mereka harapkan. Kitalah yang paling dekat dalam hidup mereka seharian, lepas tu kawan2, cikgu2, masyarakat sekeliling.
Pernah tak anda tak lipat baju selama seminggu? Atau pernahkah anda biarkan rumah anda berhabuk 2 ke 3 hari? Pernahkah anda biarkan pinggan-mangkuk penuh dlm sinki hingga ke petang atau malam? Pernah tak anda biarkan bilik air berlumut? Pernahkah anda rasa anda dah tak larat nak buat semua tu….malas, letih, bosan dan mcm2 penyakit perasaan yang kadang2 membawa ke stress.
Jujurnya, saya pernah buat perkara2 seperti itu. Biarkan kain baju tak berlipat seminggu….kemudian rasa diri bersalah bila semua orang tak jumpa seluar, baju, stokin dan bla bla bla…. masing2.
Saya juga pernah biarkan pinggan-mangkuk penuh satu sinki….akhirnya mata sendiri yang sakit. Saya juga yang kena kemaskan…takkan nak tunggu suami balik dari kerja dan suruh dia yang cuci pinggan-mangkuk tu. Saya pernah tak menyapu rumah/vakum 2 ke 3 hari…..hati sendiri tak tahan melihat habuk2 yg halus yang bersuka-ria kat atas lantai. Sampai sekarang pun kadang2 bila ‘angin’ melanda….saya lupakan kain baju yang tak berlipat, saya biarkan jer rumah tak bersapu.
Tapi kawan2, kita terpaksa korbankan pelbagai rasa kita tu, demi sebuah rumahtangga yang bersih, kemas & teratur. Kita terpaksa korbankan rasa penat lelah kita demi anak2 & suami yang tercinta. Kalau diikutkan rasa hati yang pelbagai, memang kacau bilaulah rumah kita. Memang kita kadang2 ingin lari dari semua tanggungjawab tu (sayalah…anda mungkin tidak), nak berehat sepanjang hari, nak keluar dengan kawan2, saja jalan2…
Mana mungkin!!! Saya tidak boleh meninggalkan rumah & berjalan2 tanpa anak2. Kalau keluar tanpa anak2 mesti nak balik cepat sebab asyik teringatkan anak2. Baik tak payah keluar jalan2 kalau mcm tu…ye tak? Mungkin bila anak2 dah besar panjang nanti baru tak berfikiran macam ni kot!!!! Tapi bila mereka dah besar panjang lain pula masalahnya. Macam2 kan.
Moralnya kat sini ialah….jalankan tanggungjawab kita sebagai ibu/mama/mak/umi/mummy dengan penuh ikhlas tanpa rungutan…nescaya hilanglah segala penat lelah tu.
I’m not perfect….
Assalamualaikum & salam sejahtera….
Wah…tentu seronok bercuti panjang ye. Kami tak ke mana-mana pun, duduk rumah, temankan anak-anak siapkan kerja sekolah masa cuti mereka, ‘housekeeping’ mana2 yg patut…
Bila dah buat housekeeping, byklah jumpa pakaian-pakaian yg tak boleh dipakai lagi, jeans yg dah koyak, t-shirt yg buruk2….. Nak sedekah pada org pun sangatlah tak elok…dah buruk sangat!!!!!
“RECYCLED….”
1) Buat kain buruk/untuk lap lantai dll.
2) Kraftangan….
So…let’s craft!…Jom tengok beberapa projek yg dah saya buat daripada jeans & baju2 yg buruk tu.
1~ Tempat Letak Surat/Nota Peringatan
Tadaaaa….dari jeans yg koyak jadilah tempat surat daripada cikgu anak-anak saya. Saya hiaskan bhgn atas dgn kain bercorak (lebihan jahitan yg lama). Tulisan di bhgn hadapan, saya print atas kertas biasa & jahit. Bhgn yg koyak tu letaklah di bhgn belakang.
2 ~ Phone & Pencil Case
Bhgn bawah pencil case tu drp jeans warna hitam, saya padankan dgn kain lebihan jahitan saya yang lama. Phone case je yg tidak menggunakan kain ‘jeans’. Tak berapa kemas jahitannya…but I love my handmade thing.
And now….kena siapkan 2 lagi pencil case, utk ank2 bujang saya. Bila nak buat ek?
~~~~ Bye. Happy recycled ~~~~
~~~~~~~~~~~~~~
Bertahun-tahun kami tinggal di sini, tapi tidak pernah sekali Makcik Gayah melemparkan senyumannya, hendak menegur apatah lagi. Apalah agaknya yang bermain-main di kotak fikiran dia!
Ayu…..halau kucing tu!!!!!
Menyelongkar rumah orang je!!!…..suara Makcik Gayah menjerit pada anak dara bongsunya.
Cepat-cepat aku cari ‘Pamin’ kucing kesayangan keluarga kami. Jangan-jangan ‘Pamin ‘ yang selongkar dapur Makcik Gayah. Ahhhh…’Pamin’ memang cari nahas. Lega hatiku bila aku lihat ‘Pamin’ tidur atas kerusi malas ayah aku. Bukan kucing aku yang selongkar dapur Makcik Gayah.
Seingat-ingat aku, masa kami mula-mula pindah di sini hubungan kami sesama jiran sekeliling semuanya baik. Malah kami dua beradik pernah dijaga oleh Makcik Gayah semasa emak pergi bekerja. Walaupun aku tidak berapa serasi dengan jagaannya itu, tapi akukan kecil lagi….manalah pandai memberontak. Nasib baik emak kerja sekejap sahaja. Masa tu arwah Pakcik Amat masih ada lagi. Aku rasa Makcik Gayah tidak bertegur-sapa dengan kami apabila arwah suaminya meninggal dunia. Entahlah, aku pun tidak ingat sebab musabab yang sebenar mengapa Makcik Gayah dingin dengan kami.
Itulah salah satu sebab mengapa payah hendak menegur Makcik Gayah supaya jangan membuang sampah di tepi longkang. Apalah salahnya kumpul daun-daun kering dan terus bakar …. kan lagi kemas dan bersih. Tidaklah longkang rumah kami itu tersumbat dan berbau busuk. Takkanlah kami nak buat pagar, tak sedaplah pula….kita duduk di kampung bukannya duduk di bandar, yang perlu berpagar , bergril dan macam-macam sempadan lagi. Duduk di kampung kalau berpagar tembok sekeliling rumah, nanti di kata orang saja.
Itu kisah longkang di sebelah kiri rumah, sebelah kanan rumah lain pula ceritanya. Macam-macam masalah.
‘Assalamualaikum….’ terdengar suara lemak merdu memberi salam.
‘Waalaikumsalam…’emak menjawab salam. Aku biarkan saja emak dan suara lemak merdu itu berborak. Aku masih terus melayan perasaan yg bercelaru.
p/s: longkang ~ yg mula2 boleh baca di sini (….Longkang)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sambung nanti erk….!
Wassalam….terima kasih meluangkan masa membaca.
Assalamualaikum…..
Mula2 ingatkan nak sambung cerita ‘LONGKANG’….tapi masa yang terhad, jadi saya postlah entry ni dulu. Cerita longkang tu dah taip tapi takde masa nak editlah pulak…so layanlah dulu make over ni.
Oleh kerana tuan puteri saya ada seorang jer…so dia mmg ada banyak aksesori. Kalau jumpa jer yg berkenan dimata dia, mesti dia suruh beli. Sekarang ni saya dah malas nak layan. Saya dapat idea nak cantikkan semula barang2 lama tn puteri ni….
salah satu scarf dia yg sedia utk di ‘makeover’….
& taraaaaa…..
suka sangat dia…pinkkkk. saja buat tali panjang kat hujung tu supaya dia boleh ikat sbb scarf tu dah longgar sikit….
Wassalam. Happy viewing!!!







